Cita-cita ‘Inspektor Ramdan’ makan tuan

No Image Caption
A
A
A

MERAK Jalanan tak tahu nak marah atau nak ketawa apabila membaca berita mengenai seorang remaja berusia 19 tahun yang menyamar sebagai ‘Inspektor Ramdan’ di Johor. Simpati pun ada.

Pada pandangan Merak Jalanan, pelajar kolej vokasional itu terlalu fanatik dengan pakaian seragam polis.

Sudahlah ditangkap ketika cuba menyertai operasi pencegahan jenayah yang sedang dijalankan oleh dua pegawai polis sebenar, dia juga didapati memiliki hampir kesemua kelengkapan polis.

Ini termasuk tiga kad kuasa tiruan pegawai kanan polis berpangkat inspektor, topi berlogo Polis Diraja Malaysia (PDRM), lampu suluh, anak kunci gari, tiga pisau tertera logo burung helang dan pistol tiruan. Semuanya dibeli menerusi internet.

Merak Jalanan sudah banyak kali dengar cerita tentang scammer yang menyamar inspektor polis untuk menipu. Malah, ada doktor, jurutera dan pegawai kanan kerajaan yang rugi ratusan ribu ringgit gara-gara inspektor palsu itu.Kes ‘Inspektor Ramdan’ bagaimanapun berbeza sedikit. Ia kisah obsesi zaman kanak-kanak nak jadi apa bila besar nanti.

Namun, obsesi tidak dapat menghalalkan sesuatu yang dilarang.

Perbuatan orang awam memakai seragam polis tetap salah di sisi undang-undang.

Larangan itu pula bertujuan melindungi rakyat dan negara daripada ancaman keselamatan, penipuan dan menggugat ketenteraman.

Artikel Berkaitan:

Merak Jalanan tak dapat bayangkan apa akan jadi kalau ada 10 lagi ‘Inspektor Ramdan’. Bagaimana pula jika ada guru, doktor atau juruterbang palsu gara-gara cita-cita masa kecil yang tak kesampaian? Haru-biru jadinya negara kita.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!