Ten Hag gesa penyerang United lebih tajam
PENGENDALI Manchester United, Erik ten Hag menegaskan pasukannya perlu lebih tajam di depan gol selepas hanya menjaringkan lima gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Musim lalu, United menjaringkan 57 gol dalam pertandingan itu, namun bolos sebanyak 58 kali.
Pada Ahad lalu, mereka gagal menjaringkan gol apabila seri 0-0 di Crystal Palace walaupun menguasai penguasaan bola dan menghasilkan 15 percubaan ke dalam gawang gol.
Ten Hag mengakui mereka perlu memperbaiki sentuhan penyudah di depan gol dan memanfaatkan setiap peluang terhidang.
"Kami mencipta banyak peluang dalam perlawanan pertama musim ini. Minggu lalu kami menjaringkan tujuh gol menentang Barnsley (dalam Piala Liga), kami mampu menjaringkan banyak gol.
"Tetapi, ia adalah sebahagian daripada permainan yang kami perlu perbaiki dan lebih tajam di dalam kotak penalti.
“Paling penting ialah kami berjaya mencipta peluang dan kami perlu meneruskan proses ini kemudian menjaringkan gol," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!