Salah faham punca lelaki dipukul guna kayu snuker

Salah faham dikatakan menjadi punca seorang lelaki cedera dipukul oleh dua individu menggunakan kayu snuker hingga menyebabkan kecederaan di sini baru-baru ini.Gambar hiasan (Foto 123rf)
Salah faham dikatakan menjadi punca seorang lelaki cedera dipukul oleh dua individu menggunakan kayu snuker hingga menyebabkan kecederaan di sini baru-baru ini.Gambar hiasan (Foto 123rf)
A
A
A

TANGKAK – Salah faham dikatakan menjadi punca seorang lelaki cedera dipukul oleh dua individu menggunakan kayu snuker hingga menyebabkan kecederaan di sini baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib, pihaknya menerima panggilan telefon berhubung perkara tersebut Khamis lalu daripada orang awam yang memaklumkan seorang lelaki dipukul menggunakan kayu snuker oleh dua lelaki lain.

“Sebaik menerima panggilan berkenaan pada jam 11.30 malam pada tarikh yang sama, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Janayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak menahan dua lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 18 hingga 24 tahun kerana terlibat secara langsung dalam kes mendatangkan kecederaan.

“Siasatan mendapati punca pergaduhan adalah akibat salah faham kedua belah pihak.

“Polis merampas sebatang kayu hulu snuker berwarna hitam yang dipercayai digunakan ketika kejadian,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun serta denda.

Pada 24 September lalu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Daerah Tangkak bagi pertuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Suspek turut ditawarkan jaminan sebanyak RM3,000 dan sebutan semula kes pada 18 November ini.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!