[VIDEO] Isu curang, Fazura akan saman penyebar fitnah

A
A
A

SUBANG BESTARI - [DKEMAS KINI] Pelakon, Fazura akan mengambil tindakan undang-undang terhadap lima individu yang menyebarkan fitnah isu curang susulan tindakannya membuat permohonan cerai terhadap suami, Fattah Amin pada 13 September lalu.

Peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Fazura atau nama penuh, Nur Fazura Sharifuddin, 40, berkata, anak guamnya terkilan dengan kenyataan fitnah tersebut.

Fazura ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Rabu.
Fazura ketika hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Rabu.

“Kita sudah telah mengenal pasti pihak-pihak yang terlibat antara empat ke lima individu dan paling utama ialah orang yang paling awal mencetuskan isu terbabit.

“Susulan itu, kita akan membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) termasuk memfailkan saman sivil, secepat mungkin,” katanya selepas prosiding sebutan permohonan cerai pelakon ‘Gol & Gincu’ itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini pada Rabu.

Beliau berkata, Fazura yang juga usahawan tudung dan pelakon filem ‘Pendekar Awang’ itu tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai konflik rumah tangga di mana-mana media sosial.

Malah katanya, isu curang langsung tidak dinyatakan dalam permohonan cerai di mahkamah ini.

Beliau berkata, hakikat sebenar mengenai spekulasi yang berlaku dalam rumah tangga pasangan pelakon itu hanya dimaklumkan kepada mahkamah.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah merupakan filem terakhir lakonan pasangan itu yang mana Fattah menjadi teraju utama sementara Fazura sebagai watak Sayang yang juga isteri Pendekar Awang.

Pada Selasa minggu lalu, tular satu kenyataan berhubung permohonan cerai secara baik membabitkan rumah tangga pasangan pelakon terbabit.

Difahamkan permohonan tersebut dibuat di mahkamah ini, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!