Lubang benam dikesan di Kompleks Bunga Raya KLIA

Keadaan lubang benam yang dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pagi Rabu. Foto JKR Sepang
Keadaan lubang benam yang dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pagi Rabu. Foto JKR Sepang
A
A
A

SEPANG - Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pagi Rabu.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sepang dalam satu kenyataan memaklumkan, jalan di sekitar lubang tersebut masih boleh digunakan namun lokasi yang benar-benar hampir sudah ditutup.

Menurutnya, anggaran kedalaman lubang tersebut adalah satu meter dengan lebar 5.4 meter dan panjang lebih empat meter.

Tambah kenyataan itu lagi, pemeriksaan di tapak mendapati terdapat satu lurang kumbahan milik KLIA yang berada berhampiran kawasan lubang benam.

Pihak JKR turut mengesyaki kebocoran paip di lurang kumbahan menjadi punca terbentuknya lubang benam tersebut.

JKR telah melakukan beberapa tindakan seperti melaporkan kejadian kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“JKR juga melakukan pemantauan dan pemeriksaan di tapak serta pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) oleh pihak MAHB.

“Laporan terperinci akan dikeluarkan oleh pihak MAHB setelah selesai siasatan dibuat dan pihak JKR & Roadcare akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh pihak MAHB,” menurut kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Astro AWANI kini sedang cuba mendapatkan maklum balas daripada MAHB berhubung insiden berkenaan. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!