Pasangan warga emas maut kereta terjunam masuk sungai

Pasangan suami isteri warga emas maut dalam kejadian itu. Gambar kanan: Keadaan kereta dinaiki pasangan suami isteri itu yang terjunam dalam sungai di jambatan Balok Makmur di sini, pada Rabu. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang
Pasangan suami isteri warga emas maut dalam kejadian itu. Gambar kanan: Keadaan kereta dinaiki pasangan suami isteri itu yang terjunam dalam sungai di jambatan Balok Makmur di sini, pada Rabu. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Pasangan suami isteri warga emas maut selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas ke dalam sungai di Jambatan Balok Makmur, Kuantan pada jam 10.30 pagi Rabu.

Mangsa, Paridah Dollah, 67, yang beralamat di Taman Inderapura, Jerantut disahkan meninggal dunia di lokasi manakala suaminya yang merupakan penumpang kerusi hadapan meninggal dunia pada jam 2.24 petang ketika mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati, pasangan suami isteri yang merupakan pesara tersebut menaiki kereta jenis Proton Saga BML berwarna biru dari arah Balok Makmur menghala ke Seberang Balok.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam sungai.

"Akibat kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala suaminya yang mengalami sesak nafas di bawa ke HTAA untuk menerima rawatan lanjut, sebelum disahkan meninggal dunia petang tadi (Rabu)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, punca kemalangan akibat gagal mengawal kenderaan.

Wan Mohd Zahari berkata, garisan pembahagi jalan tiada serta jalan sempit.

"Permukaan jambatan rata dan jalan kering. Tahap pencahayaan baik, waktu siang, cuaca baik di lokasi ketika kejadian," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!