Dang Anum 'The Untold Story' temui penonton 27 hingga 29 September ini

Teater Dang Anum 'The Untold Story' bakal menemui penonton bermula 27 hingga 29 September ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.
Teater Dang Anum 'The Untold Story' bakal menemui penonton bermula 27 hingga 29 September ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.
A
A
A

TEATER Dang Anum 'The Untold Story' terbitan The Redholah dan kolaborasi bersama Kolej Seni Kreatif Universiti Teknologi Mara (UiTM) bakal menemui penonton bermula 27 hingga 29 September ini di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.

Pengarahnya, Amirul Haswendy berkata, kisah kehidupan tragis dialami Dang Anum yang menjadi mangsa nafsu dan amarah sudah beberapa kali dipaparkan dalam filem seperti Dang Anum (1962), Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (1961), penerbitan drama atau pementasan teater.

Menurut beliau, pihaknya juga berjaya mementaskan sisi itu melalui teater Dang Anum dan dokumentari khas hasil bantuan Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) pada November tahun lalu sehingga mendapat liputan media meluas serta menarik minat pencinta sejarah.

"Namun, satu sisi sejarah yang jarang diperkatakan dan masih menjadi tanda tanya iaitu apakah benar Sultan sekejam itu hanya kerana seulas nangka?

"Mungkinkah kerana perebutan kuasa dan takhta? Maka Sultan, Dang Anum dan Laksamana Bentan menjadi mangsa atau mungkin naratif mengaibkan ini ciptaan penjajah sebagai hasutan kepada kesultanan serta adat Melayu?

"Justeru, saya mengajak pencinta sejarah untuk saksikan Dang Anum 'The Untold Story'," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dang Anum 'The Untold Story' menampilkan pelakon hebat seperti Along Eyzendy, Adam Shahz, Ain Sufia, AG Hafiz Hotfm, Affan Mohd, Md Husin, Karl Dannish dan ramai lagi.

Tiket boleh didapati mengikut empat kategori iaitu Syahbandar sebanyak RM25, Temenggung RM35, Laksamana RM45 manakala Bendahara RM65 dan 10 peratus potongan harga diberikan jika menggunakan kod istimewa Promo10.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!