Bomoh direman cabul wanita ketika rawat fibroid

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pengamal perubatan tradisional ditahan reman selama tiga hari bermula Rabu selepas disyaki mencabul seorang wanita ketika melakukan rawatan fibroid secara batin.

Bomoh berusia pertengahan 50-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang Selasa selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada jam 9.20 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 22 September lalu kira-kira jam 8 malam di sebuah rumah di Melor.

"Rumah itu dijadikan sebagai pusat rawatan tradisional oleh lelaki berkenaan dan didakwa boleh berubat secara batin.

"Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan pertengahan 20-an pergi ke lokasi untuk menerima rawatan melalui kaedah itu bagi penyakit fibroid.

"Ketika proses rawatan, suspek melondehkan seluar mangsa dan mencabulnya beberapa kali," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, tahanan reman lelaki itu berakhir Jumaat dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!