PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin

Mohamed Azmin (duduk,tengah) pada sidang akhbar di Kluang, pada Rabu.
Mohamed Azmin (duduk,tengah) pada sidang akhbar di Kluang, pada Rabu.
A
A
A

KLUANG - Perikatan Nasional (PN) tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Pengarah Bilik Gerakan Utama PN bagi PRK DUN Mahkota, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya juga tidak melihat perkembangan itu sebagai kelebihan buat PN untuk meraih sokongan pengundi.

Sebaliknya tegas beliau, jentera PN perlu terus berusaha dan bekerja keras demi kemenangan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar.

"Kita tidak mahu bergantung kepada perbalahan antara mereka. Kita kena kerja kuat. Saya telah arahkan jentera peringkat negeri dan bahagian ambil komitmen untuk kerja kuat.

"Soal mereka bergaduh itu soal masalah mereka, saya tidak mahu campuri urusan mereka,” katanya ketika sidang akhbar selepas program makan tengah hari Pengarah PRK DUN Mahkota, Datuk Dr Sahruddin Jamal bersama media di Taman Seri Impian di sini, pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas sama ada perbalahan pemimpin dua parti dalam Kerajaan Perpaduan (PH) memberi kelebihan kepada PN, khususnya dalam memenangi PRK DUN Mahkota Sabtu ini.

Sebelum ini Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Naib Presiden DAP, Teresa Kok bertelagah berkenaan isu pensijilan halal.

Polemik berkenaan juga didakwa menjadi risiko protes undi Cina terhadap calon BN, PRK DUN Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!