20 usahawan Selangor diterbangkan ke China

Mohd Najwan (belakang, tujuh dari kiri) bersama 20 usahawan Selangor yang terpilih menyertai ekspo perdagangan di Nanning, China.
Mohd Najwan (belakang, tujuh dari kiri) bersama 20 usahawan Selangor yang terpilih menyertai ekspo perdagangan di Nanning, China.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 20 usahawan Selangor terpilih menyertai ekspo perdagangan, China-ASEAN Expo (CAEXPO) 2024 di Nanning, China selama lima hari bermula Selasa sehingga Sabtu.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan, Mohd Najwan Halimi berkata, usahawan terpilih berpeluang memperkenalkan produk perniagaan mereka di negara itu sekali gus meneroka potensi pasaran dan eksport serantau.

Beliau menjelaskan, CAEXPO merupakan salah satu ekspo perdagangan terbesar di China dan platform efektif yang memfokuskan perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

Mohd Najwan melawat reruai sempena China-ASEAN Expo.
Mohd Najwan melawat reruai sempena China-ASEAN Expo.

“Hari ini (semalam) saya memulakan lawatan kerja ke China dengan menyertai CAEXPO ke-21 di Nanning.

“Seramai 20 usahawan berpotensi dipilih menyertai ekspo ini dengan dukungan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Tetap Keusahawanan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS),” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya pada Rabu.

Terdahulu, keajaran Selangor giat memberdaya usahawannya menerusi pelbagai inisiatif termasuk program Selangor 1000 Digital bagi memperluaskan transformasi digital dalam kalangan usahawan tempatan.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!