Anak kampung Temerloh bentang kajian di Oxford

Afifah ketika membentangkan kajiannya mengenai nanas MD2 di Universiti Oxford.
Afifah ketika membentangkan kajiannya mengenai nanas MD2 di Universiti Oxford.
A
A
A

TEMERLOH - Anak jati Pahang dari Kampung Bangau Parit di sini, Afifah Mohamad, 25, tidak pernah terfikir mampu menjejakkan kaki ke Universiti Oxford di London baru-baru ini.

Penuntut pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Perlindungan Tanaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin, Melaka itu muncul satu-satunya peserta mewakili Malaysia ke Persidangan Patologi Tumbuhan 2024 yang bermula 11 hingga 13 September.

Afifah satu-satunya peserta yang mewakili Malaysia ke persidangan tersebut.
Afifah satu-satunya peserta yang mewakili Malaysia ke persidangan tersebut.

Afifah membentangkan kertas kajian mengenai tanaman nanas MD2 dalam persidangan terbabit.

"Kalau ditanya macam tak percaya akhirnya anak kampung macam saya ke sana bentangkan hasil kajian, memang selama ini berangan-angan macam orang lain dan akhirnya menjadi kenyataan.

"Saya rasa bersyukur dan boleh dikatakan bangga mampu sampai ke peringkat antarabangsa. Pengalaman dan juga ilmu yang saya peroleh insya-ALLAH akan mendatangkan manfaat kepada masyarakat kembali," kata anak kedua daripada tiga beradik itu.

Ujarnya, pembentangan kajian itu dilakukan bersama penyelianya, Profesor Madya Ts Dr Zaiton Sapak kira-kira 45 minit.

"Saya juga berterima kasih pada pihak biasiswa MyBrainSc, Kementerian Pengajian Tinggi kerana menaja saya pergi ke persidangan ini," tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Afifah (kanan) bersama penyelianya, Profesor Madya Ts Dr Zaiton Sapak.
Afifah (kanan) bersama penyelianya, Profesor Madya Ts Dr Zaiton Sapak.

Afifah juga memberitahu, pencapaian itu dikongsi bersama keluarga terutama ayahnya, Mohamad Othman, 62, yang banyak memberikan sokongan untuk terus menggapai kecemerlangan dalam bidang akademik selepas ibunya, Ailos Saimi meninggal dunia dunia pada 2020.

Dalam pada itu, pemegang Sarjana Muda Sains Teknologi dan Pengurusan Ladang itu memberitahu, tanaman nanas MD2 menjadi pilihan kajiannya kerana potensi dan masa depan tanaman itu di negara ini.

"Saya memang meminati bidang pertanian, perladangan dari dulu dan berharap boleh menjadi tenaga pengajar dalam bidang ini, " katanya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!