Lubang benam: Tiada kerosakan harta awam, kedua-dua terminal KLIA tidak terjejas

Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya Terminal KLIA pada Rabu. Foto Bernama
Sebuah lubang benam dikesan di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya Terminal KLIA pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

SEPANG - Tiada kerosakan harta benda awam dilaporkan berikutan kejadian lubang benam yang dikesan hari ini pada jalan di luar Kompleks Bunga Raya (KBR), kira-kira satu kilometer dari Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Malaysia Airports menyatakan bahawa akses ke kedua-dua terminal KLIA masih boleh dilakukan dan operasi penerbangan juga tidak terjejas.

Anggota polis memasang pita polis di sekitar sebuah lubang benam sedalam satu meter di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya Terminal KLIA pada Rabu. Foto Bernama
Anggota polis memasang pita polis di sekitar sebuah lubang benam sedalam satu meter di laluan masuk ke Kompleks Bunga Raya Terminal KLIA pada Rabu. Foto Bernama

"Pasukan kami telah mengepung kawasan itu dan sedang menilai keadaan. Pihak berkuasa berkaitan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dimaklumkan dan usaha pembaikan sedang dijalankan.

"Jalan yang terjejas ditutup sementara dengan laluan lencongan dibuka untuk kenderaan melakukan operasi,” kata Malaysia Airports dalam siaran media sosial hari ini.

Terdahulu, JKR mengesahkan bahawa lubang benam sedalam satu meter telah terjadi berhampiran KBR di KLIA awal pagi Rabu dan kebocoran paip kumbahan disyaki menjadi puncanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!