Ancelotti tidak bimbang kecederaan Mbappe

Menjelang pertembungan 'derbi' antara Real Madrid dan Atletico Madrid Ahad ini, terdapat peminat mula menyatakan rasa bimbang terhadap situasi Mbappe. Foto AFP
Menjelang pertembungan 'derbi' antara Real Madrid dan Atletico Madrid Ahad ini, terdapat peminat mula menyatakan rasa bimbang terhadap situasi Mbappe. Foto AFP
A
A
A

JURULATIH Carlo Ancelotti meyakinkan peminat Real Madrid berikutan keputusan menggantikan penyerang Kylian Mbappe dalam kemenangan tipis pasukan itu ke atas Deportivo Alaves pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Dia baik-baik saja, dia hanya merasakan sedikit 'ketegangan otot yang ringan' dan meminta untuk digantikan supaya tidak menimbulkan sebarang masalah,” kata Ancelotti kepada pemberita selepas kemenangan 3-2 pasukan dengan bintang Perancis itu digantikan ketika perlawanan berbaki 10 minit.

Menjelang pertembungan 'derbi' antara Real Madrid dan Atletico Madrid pada Ahad ini, terdapat peminat mula menyatakan rasa bimbang terhadap situasi Mbappe.

Penyerang itu telah bermain dalam setiap perlawanan untuk kelab berkenaan sejak meninggalkan Paris Saint-Germain.

Di sebalik kenyataan Ancelotti, laporan media menyatakan hamstring kiri Mbappe masih akan diperiksa dalam beberapa hari akan datang sebagai langkah berjaga-jaga. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!