redONE Mobile tawar pelan tanpa had Postpaid FC40

Sebanyak 25 peratus daripada jumlah bil bulanan untuk setiap langganan pelan redONE Postpaid FC40 akan disalurkan kepada Pusat Permata Kurnia.
Sebanyak 25 peratus daripada jumlah bil bulanan untuk setiap langganan pelan redONE Postpaid FC40 akan disalurkan kepada Pusat Permata Kurnia.
A
A
A

PENGENDALI Rangkaian Maya Mudah Alih (MVNO) terbesar di Malaysia, redONE Mobile melancarkan pelan terbaharu iaitu redONE Postpaid FC40 dengan harga RM40 sebulan.

redONE Mobile dalam satu kenyataan berkata, pelan terbaharu itu bukan sahaja memberi ganjaran jersi percuma kepada pelanggan malah menyumbang kepada keperluan pendidikan khas negara.

“redONE Postpaid FC40 ini direalisasikan hasil kerjasama dengan bekas pemain bola sepak tanah air, Safee Sali yang juga duta kepada syarikat.

“Bagi peminat bola sepak dan penyokong setia Safee Sali, ini adalah peluang baik untuk mereka mendapatkan jersi keluaran eksklusif tertera nombor 10 yang dahulu disarung oleh ikon bola sepak hebat ini,” kata kenyataan itu pada Rabu.

Tambah kenyataan itu, redONE Mobile mengambil langkah penting untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dengan menyalurkan 25 peratus daripada jumlah bil bulanan untuk setiap langganan pelan redONE Postpaid FC40 kepada Pusat Permata Kurnia.

Jelasnya, ia bertujuan untuk memberi sokongan dalam menyediakan pendidikan khas buat kanak-kanak berkeperluan khas.

redONE Postpaid FC40 bukan sahaja memberi ganjaran jersi percuma kepada pelanggan malah menyumbang kepada keperluan pendidikan khas negara.
redONE Postpaid FC40 bukan sahaja memberi ganjaran jersi percuma kepada pelanggan malah menyumbang kepada keperluan pendidikan khas negara.

Artikel Berkaitan:

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ameen Amaendran berkata, pihaknya komited dalam usaha untuk mencipta pelan pascabayar inovatif yang bukan sahaja menyediakan perkhidmatan telekomunikasi kepada pelanggan malah menawarkan ganjaran istimewa.

“Kami berbangga dapat berganding bahu bersama Safee Sali untuk suatu kerjasama yang memberi ganjaran jersi eksklusif percuma kepada peminat bola sepak Malaysia di samping menyalurkan sebahagian daripada langganan bulanan kepada golongan kanak-kanak memerlukan.

“Kami berhasrat untuk menawarkan lebih banyak produk, perkhidmatan dan ganjaran menarik kepada pelanggan redONE Mobile pada masa hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, Safee turut menzahirkan penghargaan kepada redONE Mobile kerana memberi peluang kepadanya untuk berkolaborasi menyediakan perkhidmatan mampu milik yang bermanfaat untuk semua lapisan masyarakat.

“Inisiatif ini amat bermakna kerana buat julung kalinya saya terlibat dalam kerjasama yang menggabungkan perkhidmatan untuk pelanggan, mereka bukan sahaja mendapat ganjaran malah turut menyumbang kepada institusi kebajikan.

“Saya juga gembira dapat turut serta dalam usaha murni menyokong pendidikan anak-anak berkeperluan khas di Pusat Permata Kurnia,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!