Sila log masuk terlebih dahulu.

Lelaki mengaku pukul isteri guna bongkah kayu ukiran gajah

25 September 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Lelaki mengaku pukul isteri guna bongkah kayu ukiran gajah

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuala Pilah, pada Rabu atas pertuduhan memukul isterinya dengan bongkah kayu di Bahau, Jempol Ahad lalu, lapor wartawan Sinar Harian, NorAfidah Assan.

Tertuduh, M Vikneswaran, 36 membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Norma Ismail.

Sehubungan itu, dia telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama 326A kanun yang sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/687508/berita/semasa/lelaki-mengaku-pukul-isteri-guna-bongkah-kayu-ukiran-gajah

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #pukulisteri #mahkamah #KualaPilah