Doktrin Aurad Muhammadiah versi GISBH sangat bahaya - KPN

Razarudin. Foto Fail Bernama
Razarudin. Foto Fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan kaedah perniagaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dimudah cara dengan pegangan Aurad Muhammadiah versi kumpulan itu sendiri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, hasil siasatan dijalankan mendapati pegangan salah itu telah digunakan GISBH dalam melaksanakan perniagaan mereka.

Beliau berkata, pegangan GISBH sangat taasub dan 'mendewakan' pemimpin sehingga memutarbelitkan ajaran Islam sebenar.

"Kaedah ini mirip seperti proses indoktrinisasi yang mana menjadi nilai kehidupan yang dipercayai.

"Malah ia dianuti sepenuh hati oleh pengikut-pengikut GISBH," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tegas beliau, doktrin tersebut sangat berbahaya kepada keselamatan negara dan orang ramai.

Kata beliau, ia juga berbahaya khususnya kepada ajaran sebenar Islam di negara ini, kebajikan serta masa depan pengikut kumpulan itu.

"Ahli kumpulan GISBH bergantung sepenuhnya kepada pemimpin-pemimpin mereka sahaja," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!