Wanita ditemukan lemas dalam tasik di Slim River

Seorang wanita ditemukan lemas di Taman Tasik YDP Slim River pada petang Rabu. Foto Pasukan Bomba Sukarela SlimVillage
Seorang wanita ditemukan lemas di Taman Tasik YDP Slim River pada petang Rabu. Foto Pasukan Bomba Sukarela SlimVillage
A
A
A

IPOH - Seorang wanita ditemukan lemas di Taman Tasik YDP Slim River dekat Tanjong Malim, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa berusia 54 tahun itu dilaporkan hilang, sebelum ditemukan lemas di tasik tersebut.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 6 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, bersama Pasukan Bomba Sukarela Slim Village, tiba di lokasi kejadian.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan serta diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto Pasukan Bomba Sukarela SlimVillage
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan serta diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto Pasukan Bomba Sukarela SlimVillage

"Orang awam menjumpai selipar mangsa di tepi tasik. Mangsa ditemukan pada jam 6.44 petang oleh anggota bomba melalui teknik carian di permukaan di kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan malam ini.

Sabarodzi berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan serta diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, dan operasi tamat sepenuhnya pada 7.05 malam. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!