Belanjawan 2025 sasar tingkat taraf hidup rakyat, majukan pembangunan negara - PM

Anwar
Anwar
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata Belanjawan 2025 disasarkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan memajukan pembangunan negara.

Menerusi hantaran terbarunya di media sosial, Anwar berkata, beliau meluangkan masa meninjau warga Kementerian Kewangan yang sedang sibuk menyiapkan Belanjawan Madani Ketiga sambil turut memberikan pandangan.

"Insya-Allah, dengan pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober ini, Malaysia akan mara satu langkah lagi menuju wawasan kerangka Ekonomi Madani yang gah lagi saksama,” kata beliau.

Anwar meluangkan masa meninjau warga Kementerian Kewangan yang sedang sibuk menyiapkan Belanjawan Madani Ketiga. Foto FB Anwar Ibrahim
Anwar meluangkan masa meninjau warga Kementerian Kewangan yang sedang sibuk menyiapkan Belanjawan Madani Ketiga. Foto FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri juga mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam kerajaan yang bertungkus-lumus bekerja untuk menyiapkan belanjawan tersebut.

Belanjawan 2025 yang bertemakan 'Ekonomi Madani, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera' akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Oktober 2024. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!