KL City minta nasihat Hodak

KL City tekad meneruskan rentak kemenangan kempen Kejuaraan Kelab-Kelab ASEAN apabila melayan kunjungan Borneo FC aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Khamis. Foto: Kuala Lumpur City
KL City tekad meneruskan rentak kemenangan kempen Kejuaraan Kelab-Kelab ASEAN apabila melayan kunjungan Borneo FC aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Khamis. Foto: Kuala Lumpur City
A
A
A

KUALA LUMPUR (KL) City FC melakukan kerja rumah yang cukup rapi menjelang pertemuan dengan kelab Indonesia, Borneo FC dalam aksi Kejuaraan Kelab-Kelab ASEAN di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Khamis.

Pengendali The City Boys, Miroslav Kuljanac berkata, beliau juga ada meminta nasihat daripada bekas pengendali pasukan itu, Bojan Hodak yang kini menerajui sebuah lagi kelab Indonesia, Persib Bandung.

Menurut Kuljanac, Hodak memecahkan rahsia beberapa perkara yang berguna buat KL City dalam mencari tiga mata berharga di laman sendiri.

“Saya ada bercakap dengannya mengenai Borneo dan dia ada memberitahu saya tentang beberapa perkara. Saya juga pernah melihat permainan mereka dan saya boleh katakan Borneo mendominasi dalam liga domestik mereka.

“Mereka bermain dengan kesebelasan utama yang sama setiap perlawanan selain mereka sangat sistematik dalam serangan dan mempunyai pemain yang bagus.

“Namun, kami bersedia dengan sebarang kemungkinan dan yakin mampu mendapatkan keputusan positif di laman sendiri,” katanya dalam sidang akhbar pra perlawanan pada Rabu.

Kuljanac bersama tonggak KL City, Giancarlo Gallifuoco selepas sidang akhbar pada Rabu. - Foto: KL City FC
Kuljanac bersama tonggak KL City, Giancarlo Gallifuoco selepas sidang akhbar pada Rabu. - Foto: KL City FC

Sebelum ini, KL City yang berada dalam Kumpulan B bermula positif dalam aksi pembukaan selepas menundukkan wakil Filipina, Kaya FC-Iloilo, 1-0 untuk berada di kedudukan ketiga dalam kumpulan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Kuljanac menegaskan pemain-pemainnya berada pada motivasi terbaik walaupun sebelum ini mereka tewas kepada Perak FC dalam aksi Liga Super lima hari lalu.

Jelasnya, pemain-pemain tidak terjejas dengan kekalahan tersebut selain saingan Kejuaraan Kelab-kelab ASEAN itu sangat berbeza situasinya berbanding aksi liga domestik.

“Moral pemain sangat tinggi dan kejohanan ini sangat berbeza berbanding Liga Super. Kami teruja untuk bermain dalam kejohanan ini menentang pasukan terbaik dari Asia Tenggara,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!