Malaysia lebih selektif pilih pelaburan asing demi manfaat negara - PM

Malaysia kini lebih selektif dalam memilih pelaburan langsung asing dengan memfokuskan kepada projek-projek yang memberi manfaat besar kepada negara, terutamanya dalam bidang AI dan teknologi data - Gambar hiasan
Malaysia kini lebih selektif dalam memilih pelaburan langsung asing dengan memfokuskan kepada projek-projek yang memberi manfaat besar kepada negara, terutamanya dalam bidang AI dan teknologi data - Gambar hiasan
A
A
A
KUALA LUMPUR - Malaysia kini lebih selektif dalam memilih pelaburan langsung asing dengan menfokuskan kepada projek-projek yang memberi manfaat besar kepada negara, terutamanya dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan teknologi data, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, pembukaan pusat data yang dahulunya bergantung kepada tenaga dan air yang murah untuk menggerakkan serta menyejukkan sistem-sistem operasi, kini menunjukkan kedua-dua elemen itu tidak mencukupi tanpa keupayaan teknologi yang dipertingkatkan.

"Sekarang, jika mahu (tubuhkan) pusat data, anda mesti ada AI,” katanya sambil merujuk kepada projek seperti Nvidia di Johor yang menjadi contoh bagaimana teknologi sangat penting untuk kekal relevan di peringkat global dalam usaha menarik pelabur.

Beliau berkata demikian pada majlis Forum Ilmuan Malaysia Madani di sini anjuran Tenaga Nasional Bhd pada Rabu.

Anwar berkata, dalam menjuarai teknologi yang pesat berubah, institusi pengajian tinggi di negara ini juga harus diperkasakan untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dalam bidang AI dan kejuruteraan, bagi memenuhi keperluan pelabur.
Artikel Berkaitan:


"Jadi, kita sekarang ini lebih selektif memilih pelaburan yang boleh memberi manfaat lebih besar kepada negara,” jelas Perdana Menteri.

Sementara itu, mengulas mengenai Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini, beliau turut menyentuh isu pendidikan dan kesihatan sebagai keutamaan, dengan peruntukan tertinggi diberikan kepada sektor pendidikan dan diikuti dengan sektor kesihatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!