Britain gesa gencatan senjata segera antara Israel, Hezbollah

Starmer berkata, konflik tersebut memerlukan penyelesaian diplomasi dan bukan ketenteraan. - Foto: AFP
Starmer berkata, konflik tersebut memerlukan penyelesaian diplomasi dan bukan ketenteraan. - Foto: AFP
A
A
A

NEW YORK - Britain menggesa gencatan senjata segera dikuatkuasakan antara Israel dan Hezbollah bagi mengelak rantau Asia Barat terjerumus ke ambang krisis lebih buruk.

Menurut Perdana Menterinya Keir Starmer, konflik tersebut memerlukan penyelesaian diplomasi dan bukan ketenteraan.

Kenyataan Starmer ini dibuat ketika mesyuarat Majlis Keselamatan PBB. "Saya menyeru kepada Majlis Keselamatan untuk mencari penyelesaian politik yang dapat memutuskan kitaran keganasan yang berulang seperti di Asia Barat.

"Kita memerlukan gencatan senjata segera antara Israel dan Hezbollah serta pelaksanaan rancangan politik yang membolehkan orang awam Israel dan Lebanon pulang ke rumah mereka untuk hidup dalam keamanan dan keselamatan. Keselamatan itu akan dicapai melalui diplomasi, bukan eskalasi.

"Tiada penyelesaian ketenteraan di sini, dan tiada juga penyelesaian semata-mata ketenteraan untuk konflik di Gaza. Majlis ini mesti menuntut sekali lagi gencatan senjata segera, penuh dan lengkap di Gaza dengan pembebasan semua tebusan," katanya.

Serangan Israel ke atas Hezbollah, yang disifatkan terbesar dalam tempoh dua dekad, meningkatkan kebimbangan konflik di Gaza akan merebak ke Asia Barat.

Serangan tersebut membunuh lebih 560 nyawa, mencederakan 1,835 yang lain dan turut meyebabkan ribuan lagi melarikan diri ke kawasan yang lebih selamat. - Awani

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!