Ahli GISBH rotan murid akan didakwa tiga kes dera

Lelaki dipercayai ahli GISBH (dua dari kanan) yang tular dalam video merotan murid-murid di sebuah rumah amal, dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang pada Khamis bagi menghadapi tiga pertuduhan melakukan penderaan. - FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
Lelaki dipercayai ahli GISBH (dua dari kanan) yang tular dalam video merotan murid-murid di sebuah rumah amal, dibawa ke Mahkamah Sesyen Klang pada Khamis bagi menghadapi tiga pertuduhan melakukan penderaan. - FOTO: SINAR HARIAN/ROSLI TALIB
A
A
A
KLANG - Seorang lelaki dipercayai ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang tular dalam video merotan murid-murid di sebuah rumah amal, dibawa ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, bagi menghadapi tiga pertuduhan melakukan penderaan.

Dia yang memakai baju T berwarna merah diiringi pihak polis, tiba di mahkamah pada jam 9.45 pagi.

Pada Rabu, Sinar Harian melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pendakwaan terhadap suspek akan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian



Pada 16 September lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan berhubung rakaman video memaparkan beberapa kanak-kanak lelaki dipercayai didera.

Artikel Berkaitan:


Polis juga telah mengesan kanak-kanak lelaki terbabit dalam kalangan mangsa yang berjaya diselamatkan sebelum ini yang dipisahkan dengan bapanya sejak 2021.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi satu minit sembilan saat memaparkan seorang kanak-kanak lelaki didakwa didera itu tular di media sosial, baru-baru ini.

Dalam rakaman video itu, kanak-kanak lelaki terbabit dilihat mengerang kesakitan ketika disoal beberapa kali oleh seorang lelaki dewasa.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!