Hujan lebat jejaskan operasi penerbangan, sekolah ditutup di Mumbai

IndiGo dan Air India memaklumkan bahawa hujan menjejaskan jadual penerbangan di lapangan terbang Mumbai - Foto: Agensi
IndiGo dan Air India memaklumkan bahawa hujan menjejaskan jadual penerbangan di lapangan terbang Mumbai - Foto: Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Hujan lebat yang melanda Mumbai menyebabkan kejadian banjir kilat serta menjejaskan operasi penerbangan pada malam Rabu manakala sekolah-sekolah ditutup pada Khamis.

Penumpang terkandas di beberapa stesen kereta api manakala beberapa jalan raya ditenggelami air selepas hujan melebihi 100 milimeter (mm) direkodkan dalam tempoh lima jam pada petang Rabu.

"Kami menggesa penumpang agar kekal berada di dalam kereta api kerana ia lebih selamat. Kereta api akan meneruskan perjalanan apabila air surut," menurut kenyataan perkhidmatan kereta api.

Sementara itu, IndiGo dan Air India memaklumkan bahawa hujan menjejaskan jadual penerbangan di lapangan terbang Mumbai.

Perbadanan perbandaran memaklumkan semua sekolah dan kolej akan ditutup pada Khamis berikutan amaran hujan berterusan daripada jabatan cuaca. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!