Lelaki maut motosikal terbabas elak lopak air

Mangsa yang menunggang motosikal maut di lokasi kejadian dipercayai cuba mengelak lopak air di Persiaran Sultan, Shah Alam pada Rabu.
Mangsa yang menunggang motosikal maut di lokasi kejadian dipercayai cuba mengelak lopak air di Persiaran Sultan, Shah Alam pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabas dipercayai mengelak lopak air di Persiaran Sultan di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan kejadian diterima Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 3.11 petang.

"Mangsa lelaki tempatan berusia 48 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda ADV dalam perjalanan dari arah Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) ke pusat bandar Shah Alam.

"Sampai di lokasi mangsa dipercayai cuba mengelak lopak air di lorong paling kiri sebelum hilang kawalan lalu terbabas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa telah terjatuh di lorong paling kanan.

Katanya, mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Shah Alam dan saksi atau saksi awam yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Zaharizul Zamri di talian 019-3229097," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!