Piala Liga: Manchester City jumpa Tottenham Hotspur

Manchester City akan berdepan Tottenham dalam Pusingan Keempat Piala Liga. Foto Agensi
Manchester City akan berdepan Tottenham dalam Pusingan Keempat Piala Liga. Foto Agensi
A
A
A

PENYANDANG juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City akan bertandang ke Tottenham Hotspur untuk perlawanan Pusingan Keempat Piala Liga, manakala penyandang juara dan juara 10 kali Liverpool mengunjungi Stadium Amex berdepan Brighton.

Sebagai rekod, perlawanan pentas 16 terbaik akan dimainkan mulai 28 Oktober, dengan perlawanan akhir dijadualkan di Stadium Wembley pada 16 Mac.

Manchester United, pemenang Piala Liga 2023 akan menanti kunjungan Leicester City bimbingan Steve Cooper di Stadium Old Trafford, manakala Arsenal bertandang ke Stadium Deepdale menentang Preston North End kendalian Paul Heckingbottom.

Chelsea asuhan Enzo Maresca pula akan berdepan AFC Wimbledon atau Newcastle United satu lagi kelab yang mengisi slot 16 terbaik.

Aston Villa kendalian Unai Emery akan menanti Crystal Palace Di Stadium Selhurst Park, Brentford akan menentang Sheffield Wednesday, manakala Southampton akan menentang Stoke City.

Perlawanan Pusingan Ketiga AFC Wimbledon menentang Newcastle United ditangguhkan selepas banjir merosakkan padang kelab London itu dijadualkan semula berlangsung di Stadium St James's Park pada 2 Oktober.

PIALA LIGA

Pusingan Ketiga

Artikel Berkaitan:

Keputusan

Arsenal 5-1 Bolton Wanderers

Liverpool 5-1 West Ham United

Wycombe 1-2 Aston Villa

Chelsea 5-0 Barrow

Manchester City 2-1 Watford

Walsall 0-0 Leicester City

*Leicester menang penalti 3-0

Coventry City 1-2 Tottenham Hotspur

Brighton 3-2 Wolverhampton

Manchester United 7-0 Barnsley

Stoke City 1-1 Fleetwood

*Stoke City menang penalti 2-1

Preston NE 0-0 Fulham

*Preston menang penalti 16-15

Brentford 3-1 Leyton Orient

Queen Park Rangers 1-2 Crystal Palace

Everton 1-1 Southampton

*Southampton menang penalti 6-5

Blackpool 0-1 Sheffield Wednesday

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!