Daftar masuk hotel: Masih ada tawar penginapan 24 jam
SHAH ALAM - Meskipun sedang hangat diperkatakan berhubung isu daftar masuk hotel dan inap desa pada jam 4 petang dan perlu keluar pada jam 11 pagi, namun masih ada pengusaha industri hospitaliti menyediakan kemudahan penginapan bagi tempoh masa 24 jam penyewaan.
Ia sepertimana dilakukan oleh Melaka International Trade Center (MITC) Hotel, Melaka.
Video berdurasi lapan minit 58 saat yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya.
Dalam hantaran tersebut, pengurusan MITC menjelaskan bahawa pihaknya menyediakan pakej 24 jam menginap di MITC Hotel yang mana masuk jam dua dan keluar pada waktu sama keesokannya.
Orang ramai boleh membuat tempahan menerusi laman web atau panggilan telefon.
Sebelum itu, viral di media sosial berhubung keluhan rakyat mengenai daftar lambat keluar awal ketika menginap di mana-mana hotel di Malaysia.
Tindakan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan merasakan tidak adil untuk pelanggan kerana tempoh penginapan yang diberikan agak singkat.
Ada yang mengatakan bukan sahaja hotel yang menetapkan seperti itu, malah beberapa inap desa turut bertindak sedemikian.
@sinarharianonline Daftar masuk hotel: Masih ada tawar penginapan 24 jam #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Edisi #Melaka #NegeriSembilan #Hotel #Penginapan #MITC #24Jam
Hard News - DM Production
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!