MR D.I.Y tampil bersama 60 produk buatan Malaysia
PERUNCIT perkakas rumah, Kumpulan MR D.I.Y (M) Berhad (MR D.I.Y) menerusi inisiatif ‘Bersama Satu Beli Lokal’ menampilkan lebih 60 produk buatan Malaysia sebagai usaha menggalakkan rakyat di negara ini membeli barangan tempatan.
Ketua Pemasarannya, Alex Goh berkata, semua produk yang ditawarkan merangkumi spektrum keperluan harian, perkakasan, barangan keperluan rumah dan produk makanan serta minuman.
Menurutnya, pelanggan juga akan menikmati diskaun sehingga 20 peratus menerusi inisiatif tersebut sepanjang bulan September ini.
“Sebagai jenama tempatan yang dibina oleh rakyat Malaysia, kami berbangga untuk menyokong perniagaan tempatan.
“Inisiatif ini mempamerkan jenama tempatan yang menawarkan nilai hebat sambil membantu jenama tempatan berkembang maju.
“Saya menjemput semua orang untuk meneroka produk yang disediakan di cawangan kami di seluruh negara dan dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Dalam pada itu, menurut Alex, antara jenama yang ditampilkan termasuk Pye, Waxco, MR. dan D.I.Y, manakala keperluan isi rumah pula ialah Sekoplas, Enviro, Sunrich Jape, Zen, Softlan serta Premier.
Tambah beliau, selain itu terdapat juga jenama makanan dan minuman yang ditawarkan seperti Tong Garden, Julie’s, Mister Potato, Bika, Wise, Super dan sebagainya.
“Kami turut juga menawarkan beberapa harga hebat untuk produk popular Malaysia seperti Snek Ku (8's) pada RM3.90, cecair pencuci pinggan Sunrich (limau, aloe vera) satu liter hanya RM8.80 untuk dua unit, dan pelbagai pelembut fabrik isian semula seperti Softlan 1.3 liter pada harga RM10.80 untuk dua unit,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!