Ajaran sesat: Jabatan Mufti Perak digesa keluarkan kenyataan

Jabatan Mufti Perak digesa segera mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan ajaran yang telah disahkan sesat. Gambar hiasan (Gambar kecil: Khairol Najib
Jabatan Mufti Perak digesa segera mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan ajaran yang telah disahkan sesat. Gambar hiasan (Gambar kecil: Khairol Najib
A
A
A

IPOH - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak menggesa Jabatan Mufti negeri segera mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan ajaran yang telah disahkan sesat.

Ketuanya, Khairol Najib Hashim berkata, penjelasan dan pendirian tegas jabatan itu penting bagi memastikan umat Islam tidak terkeliru atau terpengaruh dengan ajaran yang bertentangan dengan syariat Islam.

"Pemuda Amanah Perak ingin meluahkan kebimbangan serius mengenai kewujudan dan penyebaran ajaran sesat yang semakin membimbangkan di negeri ini.

"Keadaan ini menuntut perhatian segera daripada pihak berkuasa agama bagi memastikan akidah umat Islam terus dipelihara daripada anasir-anasir yang merosakkan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurut Khairol Najib, tindakan proaktif menangani penyebaran ajaran sesat penting bagi mengelakkan kerosakan akidah yang lebih meluas dalam kalangan masyarakat.

"Kami juga menyeru agar pihak berkuasa agama negeri memperhebatkan usaha pengesanan, pemantauan dan penguatkuasaan terhadap mana-mana kumpulan atau individu yang disyaki terlibat dalam menyebarkan ajaran sesat.

"Pendidikan akidah yang mantap di peringkat akar umbi adalah asas penting dalam membanteras ajaran sesat.

"Kami menggesa pihak Jabatan Mufti negeri dan institusi-institusi agama lain untuk memperkukuhkan program-program pendidikan agama yang memberi penekanan kepada pemahaman akidah yang sahih dan menyeluruh," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, pihaknya komited untuk bersama-sama dengan pihak berkuasa agama dalam memastikan ajaran Islam yang tulen terus dipertahankan dan ajaran sesat dihapuskan.

"Umat Islam perlu dipandu dengan ajaran yang berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah demi kesejahteraan akidah dan keharmonian masyarakat," katanya.

Ringkasan berita:

  • Pemuda Amanah Perak menggesa Jabatan Mufti Perak segera mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai ajaran yang disahkan sesat.
  • Penjelasan penting untuk mencegah umat Islam terkeliru atau terpengaruh dengan ajaran bertentangan dengan syariat.
  • Pemuda Amanah bimbang dengan penyebaran ajaran sesat di Perak dan menuntut tindakan segera pihak berkuasa agama.
  • Menyeru lebih banyak pengesanan, pemantauan, dan penguatkuasaan terhadap kumpulan atau individu yang menyebarkan ajaran sesat.
  • Pendidikan akidah yang kukuh perlu diperhebatkan untuk membanteras ajaran sesat.
  • Pemuda Amanah komited bekerjasama dengan pihak berkuasa agama untuk mempertahankan ajaran Islam yang sahih.
Dijana oleh AI

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!