10 penumpang kapal Princess Diamond positif koronavirus

Semua penumpang kapal persiaran Princess Diamond yang berlabuh di Pelabuhan Yokohama kini dikuarantin sejak semalam. - Foto AFP
Semua penumpang kapal persiaran Princess Diamond yang berlabuh di Pelabuhan Yokohama kini dikuarantin sejak semalam. - Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Seramai sepuluh penumpang kapal persiaran Princess Diamond yang berlabuh di Pelabuhan Yokohama disahkan positif wabak koronavirus.

Jepun mengkuarantin kapal yang membawa 3,711 orang itu dan menguji virus itu terhadap penumpang selepas seorang bekas penumpang disahkan sakit di Hong Kong.

Menurut Menteri Kesihatan Jepun, Kementerian Kesihatan Jepun, Katsunobu Kato, sepuluh kes yang disahkan itu adalah antara 31 keputusan daripada 273 orang yang diuji setakat ini.

"Bermula dari jam 7.30 pagi, kami mendapati 10 yang diuji positif dan mereka diarahkan turun kapal berkenaan serta dihantar menjalani rawatan kecemasan.

"Pegawai kesihatan turut memeriksa penumpang yang menunjukkan gejala seperti demam dan orang yang memiliki kontak dengan pesakit," katanya dalam satu sidang media pagi ini.

Kapal pesiaran tersebut yang dikendalikan syarikat Carnival Japan Inc membawa sekurang-kurangnya 2,666 penumpang dan 1,045 anak kapal dan kesemua penumpang sedang berada di dalam kabin masing-masing bagi tujuan kuarantin.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 80 tahun dikatakan terbang ke Jepun untuk menaiki kapal pesiaran tersebut selama lima hari bermula 20 hingga 25 Januari.

Pada mulanya dia hanya mengalami masalah batuk namun tidak mengalami demam hingga 30 Januari sehari sebelum beliau disahkan dijangkiti virus itu di Hong Kong.

Artikel Berkaitan:

Kes terbaharu itu menjadikan 33 kes koronavirus dilaporkan di Jepun.

Lebih 20 negara mengesahkan kes virus itu yang setakat ini membunuh hampir 500 orang dan menjangkiti hampir 24,000 di China.

Virus itu menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan global dengan beberapa kerajaan mengeluarkan sekatan perjalanan dan syarikat penerbangan menggantung penerbangan keluar masuk dari China. - AFP

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!