28 peratus wanita mampu simpan RM500 sebulan

Dapatan Tinjauan RMFLS 2024 mendapati 28 peratus wanita di negara ini mampu menyimpan lebih daripada RM500 sebulan.
Dapatan Tinjauan RMFLS 2024 mendapati 28 peratus wanita di negara ini mampu menyimpan lebih daripada RM500 sebulan.
A
A
A

BANGSAR - Tinjauan Literasi Kewangan Malaysia RinggitPlus (RMFLS) 2024 mendapati 28 peratus wanita di negara ini mampu menyimpan lebih daripada RM500 sebulan iaitu peningkatan sebanyak tiga peratus berbanding 25 peratus pada tahun lalu.

Dapatan tersebut diperoleh daripada tinjauan melibatkan 3,390 responden seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif RinggitPlus, Siew Yuen Tuck berkata, golongan tersebut tidak mudah terjejas dari segi kewangan kerana kira-kira 38 peratus daripadanya juga mampu bertahan tanpa sebarang pekerjaan selama empat bulan atau lebih.

Yuen Tuck ketika membentangkan dapatan kajian RMFLS 2024.
Yuen Tuck ketika membentangkan dapatan kajian RMFLS 2024.

"38 peratus wanita boleh bertahan lebih dari empat bulan tanpa bekerja berbanding 30 peratus pada 2023.

"Bahkan 57 peratus daripadanya mula merancang literasi kewangan masing-masing sebelum bersara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembentangan Tinjauan RMFLS 2024 di Menara Etiqa, di sini pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Pegawai Pemasaran PayNet Malaysia, Gary Yeoh; Ketua Pegawai Pemasaran FWD, Susan Ong; Pengurus Jangkauan Komuniti dan Acara CTOS, Noor Hazwani Mohamad Noor serta Ketua Kumpulan Pegawai Perbankan Pelanggan Alliance Bank, Gan Pai Li.

Artikel Berkaitan:

Yuen Tuck memaklumkan, meskipun terdapat peningkatan signifikan, masih banyak perkara perlu dilaksanakan untuk mengekalkan trend positif itu bagi mencapai kesaksamaan antara perempuan dan lelaki.

Tambahnya, tidak dinafikan masyarakat juga mula mengamalkan tabiat kewangan secara teratur dari segi mengurangkan perbelanjaan harian dan memulakan perancangan persaraan.

"Justeru, disiplin kewangan berterusan amat diperlukan. Dapatan ini menggambarkan titik perubahan yang berpotensi membawa kesejahteraan buat rakyat Malaysia.

"Diharapkan ia akan terus meningkat pada masa hadapan.

“Penting untuk kita melengkapkan orang ramai dengan pengetahuan yang tepat bukan sahaja untuk bantu mereka terus bertahan, tetapi bergerak seiring kemajuan digital," ujar beliau lagi.

@sinarharianonline

28 peratus wanita mampu simpan RM500 sebulan #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Nasional #Wanita #Simpanan #RMFLS #Tinjauan

News - AShamaluevMusic

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!