120 majikan ditahan gaji, lindung PATI di ibu negara

Wan Mohamed Saupee (depan, tengah) bergambar bersama pegawai dan petugas media ketika Kursus Latihan Kemahiran Menembak Siri 2 Tahun 2024 di Lapang Sasar Menembak Shapadu, Putrajaya pada Khamis.
Wan Mohamed Saupee (depan, tengah) bergambar bersama pegawai dan petugas media ketika Kursus Latihan Kemahiran Menembak Siri 2 Tahun 2024 di Lapang Sasar Menembak Shapadu, Putrajaya pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 120 majikan ditahan selepas disyaki menggaji dan melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) di Kuala Lumpur.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata, itu statistik yang direkodkan tahun ini setakat 19 September menerusi pelbagai siri operasi antaranya Ops Pemantauan, Ops Sapu, Ops Belanja, Ops Jaja, Ops Selera, Ops Gegar, Ops Dandan, Ops Minyak, Ops Serkap, Ops Bersepadu, Ops Kutip dan Ops Mahir.

Katanya, tindakan ini diambil hasil aduan awam dan risikan.

"Bagi tempoh ini sebanyak 1,170 operasi telah dilaksanakan ke atas pelbagai premis.

"Seramai 6,391 individu telah diperiksa dan menghasilkan tangkapan PATI seramai 2,084 orang," katanya kepada pemberita selepas Kursus Latihan Kemahiran Menembak Siri 2 Tahun 2024 di Lapang Sasar Menembak Shapadu di sini pada Khamis.

Dalam program itu, Sinar Harian antara 18 peserta media yang diberi peluang mengendalikan senjata CZ P-09 bagi acara Falling Plate sejauh 20 meter.

Beliau berkata, daripada jumlah tangkapan tersebut, seramai 120 orang adalah majikan dan individu yang menggajikan atau melindungi PATI.

Tegasnya, tindakan ke atas majikan diambil mengikut Seksyen 55B, Seksyen 56 (1)(D) dan Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

Artikel Berkaitan:

Ujar beliau, pemilik-pemilik premis dan majikan diingatkan bahawa melindungi PATI atau membenarkan PATI memasuki dan berada di dalam premis mereka adalah satu pelanggaran undang-undang negara yang boleh menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Kita amat peka dengan kebimbangan orang awam mengenai kebanjiran PATI di Kuala Lumpur," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!