Ceroboh tanah kerajaan, lapan rumah diroboh

Sebanyak lapan unit rumah kediaman dirobohkan dalam operasi meroboh struktur binaan tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan di Persiaran Sungai Keramat di Klang.
Sebanyak lapan unit rumah kediaman dirobohkan dalam operasi meroboh struktur binaan tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan di Persiaran Sungai Keramat di Klang.
A
A
A

KLANG - Sebanyak lapan unit rumah kediaman dirobohkan dalam operasi meroboh struktur binaan tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan di Persiaran Sungai Keramat di sini.

Pegawai Daerah Klang, Amri Ismail berkata, operasi berkenaan diketuai Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Klang bersama Pejabat Tanah dan Galian Selangor, Ibu Pejabat Polis Klang Selatan, Tenaga Nasional Berhad dan Air Selangor.

Jelasnya, penguatkuasaan itu selaras peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa demi memelihara hartanah milik kerajaan daripada aktiviti-aktiviti pencerobohan.

"PDT Klang sebelum ini telah mengeluarkan Notis Amaran Pencerobohan Tanah Kerajaan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara pada 16 Julai 2024 kepada pengusaha tapak tersebut.

"PDT Klang juga telah menaikkan papan tanda amaran dan menutup tapak, bagaimanapun, pengusaha terbabit masih berdegil dengan meneruskan pembinaan walaupun telah berkali-kali diberikan amaran.

No Image Caption

"Malah, pengusaha juga dipercayai telah menawarkan penjualan rumah tersebut kepada orang awam," ujarnya dapat satu kenyataan kepada media pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran penjualan rumah tanpa menyelidiki terlebih dahulu latar belakang projek.

Artikel Berkaitan:

Ini kerana, katanya,pencerobohan tanah kerajaan merupakan satu kesalahan serius di bawah Kanun Tanah Negara dan boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!