PM mahu rumah Orang Asli dibina ikut budaya mereka - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (empat dari kanan) bersama Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan (dua dari kanan) pada Program Tautan Kasih Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Tanah Runtuh, di sini pada Khamis. Foto Bernama
Ahmad Zahid (empat dari kanan) bersama Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan (dua dari kanan) pada Program Tautan Kasih Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Tanah Runtuh, di sini pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KLUANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembinaan rumah bagi penempatan masyarakat Orang Asli didirikan mengikut cita rasa dan budaya masyarakat itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah menerima kertas kerja berkaitan perkara itu yang diserahkan Perdana Menteri selepas Mesyuarat Jemaah Menteri semalam.

"Perdana Menteri telah memberikan satu kertas kerja kepada saya dan saya telah serahkan kepada Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

"Apa yang beliau (Perdana Menteri) mahukan dan mengarah kepada saya bahawa rumah-rumah Orang Asli mesti didirikan sesuai dengan cita rasa mereka dan mengikut budaya dan latar belakang penduduk itu," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian semasa berucap pada Majlis Tautan Kasih di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.

Susulan itu, Ahmad Zahid berkata, satu sesi penerangan akan dilakukan kepada semua ketua masyarakat Orang Asli atau Tok Batin di seluruh negara bagi tujuan pelaksanaan dan penyelarasan kerja.

Pada ucapannya, Ahmad Zahid juga memaklumkan akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk meluaskan jalan masuk ke Kampung Orang Asli Tanah Runtuh itu bagi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!