Hanya Pendang masih banjir dengan 10 PPS aktif
ALOR SETAR - Pendang menjadi satu-satunya daerah di Kedah yang masih dilanda banjir dengan 10 pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif.
Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS itu menempatkan mangsa seramai 664 orang setakat jam 4.30 petang pada Khamis berbanding 1,885 orang pada pagi.
10 PPS yang menempatkan 181 keluarga itu adalah di Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pendang, SMK Tanah Merah, SMK Tunku Temenggung, SMK Ayer Puteh Dalam, Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Ibrahim, SK Tanah Merah, SK Haji Mohamad Ariff, SK Ayer Puteh dan Sekolah Model Khas Bukit Jenun.
Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, setakat 4 petang, paras air Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya, Kota Setar mencatat 1.53 meter melebihi tahap waspada 1.5 meter
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!