Mudir sekolah integrasi GISBH di Pasir Puteh direman

Pada Selasa lepas, polis mengadakan serbuan ke sekolah terlibat dan merampas 34 buku terbitan larangan berkaitan pengasas Al-Arqam.
Pada Selasa lepas, polis mengadakan serbuan ke sekolah terlibat dan merampas 34 buku terbitan larangan berkaitan pengasas Al-Arqam.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang mudir sebuah sekolah integrasi di Pasir Puteh direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Permohonan reman terhadap mudir berumur 66 tahun itu dikeluarkan Majistret Amal Razim Alias di Mahkamah Majistret Kuala Krai.

Perintah reman hingga Ahad itu dikeluarkan bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Mudir berkenaan diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Siti Zuraidah Abdul Aziz.

Tangkapan terhadap mudir itu dilakukan pada jam 11 pagi semalam berhampiran sebuah kedai makan di Pasir Puteh.

Pada Selasa lepas, polis mengadakan serbuan ke sekolah berkenaan dan merampas 34 buku terbitan larangan berkaitan pengasas Al-Arqam. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!