Amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri
SHAH ALAM - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia sehingga jam 8 malam pada Khamis.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 5.30 petang Khamis memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan berlaku di seluruh negeri Perlis.
Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Kedah meliputi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Kulim.
Turut diramal mengalami keadaan yang sama di Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Hulu Perak dan Muallim) dan Selangor (Hulu Selangor).
MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!