Felcra umum RM129 juta Keuntungan Boleh Agih Interim 2 tahun ini

Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Program Felcra MADANI: Santuni Rakyat di Dewan Serbaguna Chamek pada Khamis. Foto Bernama
Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan pada Program Felcra MADANI: Santuni Rakyat di Dewan Serbaguna Chamek pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KLUANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Keuntungan Boleh Agih Interim 2 Tahun 2024 Projek Peserta Felcra Berhad (Felcra) berjumlah RM129.81 juta.

Beliau berkata, agihan keuntungan itu akan dibayar secara berperingkat bermula hari ini dan memanfaatkan hampir 68,000 peserta di seluruh negara, melibatkan hampir 600 projek untung.

"Saya mengucapkan syabas kepada Felcra Berhad atas kejayaan mengekalkan prestasi yang baik iaitu kenaikan hampir RM82 juta atau 168 peratus berbanding prestasi tahun lepas.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Felcra (Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub) yang berjaya menggandakan keuntungan hasil kerjasama baik dengan pihak pengurusan tertinggi,” katanya semasa berucap pada program Felcra MADANI: Santuni Rakyat di Dewan Serbaguna Chamek di sini pada Khamis.

Justeru, Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu percaya bahawa Felcra akan terus menjadi antara anak syarikat di bawah kementerian pimpinan beliau yang mempunyai keuntungan terbesar sekali gus memberi lebih keuntungan kepada peserta.

Ahmad Zahid juga berharap dalam tempoh 10 tahun akan datang, semua anak syarikat di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dapat terus memberikan sumbangan untuk menjalankan semua aktiviti serta berdikari tanpa peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

"Apa yang dilakukan oleh KKDW selama hampir dua tahun ialah kita ambil alih semua pentabiran... kita telah mengadakan tiga permukimam untuk membetulkan semua Lembaga Kemajuan Wilayah dan anak syarikat supaya mempunyai keuntungan.

Artikel Berkaitan:

"Saya telah nyatakan dalam permukiman ketiga bahawa dalam Lembaga Kemajuan Wilayah dan anak syarikat KKDW, tidak ada sebuah syarikat yang tidak mengalami keuntungan, menjadikan kita sebenarnya boleh berdikari untuk peroleh keuntungan,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!