Sultan Muhammad V berkenan solat hajat bersama 1,000 jemaah
TUMPAT - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat Sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-55 di Masjid Al-Ismaili di Pasir Pekan di sini malam ini.
Baginda tiba pada jam 7.15 malam dan menunaikan solat Maghrib yang dipimpin oleh Mufti Negeri Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad bersama kira-kira 1,000 jemaah.
Majlis diteruskan dengan solat sunat hajat, bacaan surah yasin, tahlil dan doa sebelum menunaikan solat Isyak secara berjemaah.
Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Temenggong Kelantan Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz.
Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Sultan Muhammad V meluangkan masa kira-kira dua jam di majlis itu sebelum berangkat pulang pada jam 9 malam. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!