Polis cari lelaki lompat di landasan monorel Bukit Bintang

Aksi seorang lelaki melompat melintasi landasan monorel di stesen Bukit Bintang pada 24 September lepas.
Aksi seorang lelaki melompat melintasi landasan monorel di stesen Bukit Bintang pada 24 September lepas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki yang merakam aksi melompat melintasi landasan monorel di stesen Bukit Bintang pada 24 September lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan berkata, video berdurasi empat saat tersebut telah dikesan dimuat naik di platform media sosial Xiaohongshu pada hari sama.

"Laporan polis berkenaan kejadian itu dibuat oleh Polis Bantuan Prasarana pada jam 9.34 malam semalam.

"Walaupun usaha telah dilakukan untuk menahan suspek, identiti lelaki tersebut masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan malam Khamis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan (Pencerobohan), dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-26002222 atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau balai polis terdekat. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!