46 termasuk 37 kanak-kanak lemas semasa upacara mandi ritual
NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 46 orang, termasuk 37 kanak-kanak, maut akibat lemas ketika melakukan mandi ritual semasa perayaan Hindu di timur India, lapor media tempatan pada Khamis.
Kejadian lemas di sungai dan kolam berlaku di 15 daerah di negeri Bihar sejak Rabu semasa perayaan "Jitiya" yang juga dikenali sebagai "Jivitputrika."
Pada perayaan ini, para ibu berpuasa bagi memohon keberkatan Tuhan untuk kemakmuran dan kesejahteraan anak-anak mereka.
Ketua Menteri Bihar Nitish Kumar dalam satu hantaran media sosial berkata tujuh kanak-kanak lemas di dua lokasi di Daerah Aurangabad dan mengumumkan bayaran sagu hati sebanyak 400,000 rupee (kira-kira RM19,800) kepada keluarga mangsa. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!