Al-Quran mega hanya RM100

Jualan Gudang Karangkraf akhir tahun 2024 bermula Jumaat ini bakal menyajikan pengunjung dengan jualan al-Quran mega berharga RM100. (Gambar kecil: Muhamad Khair)
Jualan Gudang Karangkraf akhir tahun 2024 bermula Jumaat ini bakal menyajikan pengunjung dengan jualan al-Quran mega berharga RM100. (Gambar kecil: Muhamad Khair)
A
A
A

SHAH ALAM - Jualan Gudang Karangkraf akhir tahun 2024 bermula pada Jumaat bakal menyajikan pengunjung dengan jualan al-Quran mega berharga RM100 dan tawaran potongan harga bahan bacaan menarik yang lain.

Eksekutif Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Muhamad Khair Sabilan berkata, pengunjung berpeluang membeli al-Quran bersaiz A3 dengan harga lebih rendah berbanding di pasaran luar.

“Pengunjung juga akan menerima diskaun sehingga 80 peratus bagi tajuk-tajuk buku tertentu sepanjang jualan gudang berlangsung.

“Selain itu, kita ada buku-buku yang tular di media sosial seperti Alfu Sanatin dan Gerimis. Tidak ketinggalan juga pengunjung dapat membeli buku keluaran pertama yang dicetak ‘panas’ dari kilang,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Dalam pada itu, Muhamad Khair memaklumkan, peminat buku dapat menikmati novel serendah RM3 dan buku pendidikan yang hanya dijual pada harga RM5.

Pengunjung akan menerima diskaun sehingga 80 peratus bagi tajuk-tajuk buku tertentu sepanjang jualan gudang berlangsung.
Pengunjung akan menerima diskaun sehingga 80 peratus bagi tajuk-tajuk buku tertentu sepanjang jualan gudang berlangsung.

Tambahnya, hari pertama jualan itu berlangsung turut diadakan pelbagai aktiviti bagi memeriahkan majlis jualan tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Untuk hari pertama pada Jumaat ini, kita ada aktiviti pertandingan mewarna, DIY bookmark, Karya Bestari Kongsi dan Ops He-Art.

“Bagi peminat novel pula, kita akan bawakan kepada mereka penulis buku tempatan pada Sabtu (28 September) ini. Siapa yang mahu beramah mesra boleh datang pada hari tersebut,” jelasnya.

Kata Muhamad Khair, berbanding dengan Jualan Gudang sebelum ini, mereka membawakan kelainan dengan mengadakan banyak pertandingan yang bakal menguntungkan pengunjung.

Peminat novel boleh beramah mesra bersama penulis pada Sabtu ini.
Peminat novel boleh beramah mesra bersama penulis pada Sabtu ini.

“Kita ada pertandingan hafazan, pakaian beragam, kuiz, permainan berupa penyiasatan dan banyak lagi.

“Untungnya pemenang bakal membawa pulang hadiah wang tunai dan juga sagu hati menarik yang lain,” katanya.

Justeru, beliau berharap peminat buku seluruh Malaysia datang beramai-ramai memeriahkan Jualan Gudang kali ini menerusi pembelian buku-buku dan al-Quran.

Jualan Gudang ini berlangsung dari 27 September sehingga 6 Oktober, bermula pada jam 9 pagi hingga 7 malam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!