Pijak perut anak sebab hilangkan pelekat sekolah

Suspek ditahan polis. Agensi
Suspek ditahan polis. Agensi
A
A
A

MEDAN - Seorang ibu hilang kewarasan apabila bertindak memijak perut anak perempuannya yang berusia enam tahun hanya kerana dia secara tidak sengaja menghilangkan pelekat sekolah.

Kejadian itu berlaku di Jalan Pasar I, Kecamatan Medan Sunggal, Kota Medan pada Sabtu lalu.

Polis kemudiannya berjaya menahan wanita yang berusia 38 tahun itu selepas insiden berkenaan terakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan tular di media sosial.

"Saya minta maaf kepada semua dan anak, saya terkhilaf," kata suspek DTN kepada pemberita pada Rabu.

DTN merupakan ibu tunggal yang tinggal bersama anak lelakinya, VC, 11, dan mangsa KGJ, 6, di kota Medan.

Ketika ini kedua-dua anaknya telah diserahkan kepada keluarga DTN untuk tujuan perawatan dan lain-lain.

Sementara itu polis medan menjelaskan bahawa, mangsa sebelum ini telah beberapa kali dipukul oleh suspek.

"Mangsa beberapa kali telah dianiaya sebelum ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

DTN kini berhadapan dengan undang-undang Indonesia di Bawah Pasal 80 ayat 1 Subs ayat 2 Jo 76 C UU RI No 23 tahun 2002, yang membawa hukuman lima tahun penjara. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!