Jumpa semula bekas pengasuh selepas 18 tahun berpisah

Najmii ketika masil kecil bersama pengasuhnya (kiri), Setelah hampir dua dekad, pertemuan tersebut bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan.
Najmii ketika masil kecil bersama pengasuhnya (kiri), Setelah hampir dua dekad, pertemuan tersebut bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemuda teruja dan sebak apabila dapat bersua kembali dengan pengasuh yang terpisah sejak 18 tahun lalu.

Muhammad Najmi Shafik, 26, berkata, dek kerana terlampau sedih dengan perpisahan tersebut, dia pernah berazam mengumpul wang untuk mencari bekas pengasuh sejak bayi di negara seberang.

Najmii ketika kecil bersama pengasuhnya.
Najmii ketika kecil bersama pengasuhnya.

Ujarnya, pengasuh dipanggil 'bibik' tersebut pulang ke Indonesia pada tahun 2006 kerana urusan keluarga.

"Ketika itu umur saya lapan tahun, sejak itulah saya berazam kumpul duit untuk mencari bibik.

"Selepas bibik balik, kami terputus hubungan. Namun alhamdulillah pada suatu hari, sepupu bibik menghubungi kami dan maklumkan tempat tinggalnya," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Tambahnya, setelah hampir dua dekad, pertemuan tersebut bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan.

Pengasuh tersebut pulang ke Indonesia pada 2006 kerana menguruskan keluarga.
Pengasuh tersebut pulang ke Indonesia pada 2006 kerana menguruskan keluarga.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, dia sekeluarga mengatur pertemuan berkenaan ketika secara kebetulan menghadiri majlis perkahwinan saudara di Indonesia.

"Cuma saya ada satu penyesalan tak dapat meluangkan masa lama dengan bibik.

"Saya nak bercerita banyak dengannya, kalau boleh sejak detik bibik tinggalkan sehingga kini," katanya.

Ujar Najmii, pengasuh berkenaan sangat baik terhadap keluarga sepanjang perkhidmatannya.

Jelasnya, ketika perjumpaan berkenaan, dia banyak menahan air mata dan berazam membawa bekas pengasuhnya itu datang kembali ke negara ini bagi membalas jasa.

"Mama saya pun cakap bibik sangat baik dan bertanggungjawab. Dia sentiasa bersedia untuk membantu kami.

"Insya-ALLAH satu hari saya datang lagi jumpa bibik di kampung. Jika ada rezeki saya bawa bibik datang Malaysia, saya pula jaga bibik," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!