Syed Hussien disayangi penduduk Mahkota

Syed Hussien rapat dengan anak muda di Kluang dan berkongsi minat dalam permotoran.
Syed Hussien rapat dengan anak muda di Kluang dan berkongsi minat dalam permotoran.
A
A
A
SERDANG- Sebut sahaja nama Syed Hussien Syed Abdullah di Kluang, ramai yang mengenalinya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Namun bagi anak muda di Kluang, Syed Hussein cukup dekat di hati mereka kerana minatnya dalam dunia permotoran berjaya mengumpulkan penggemar golongan muda yang meminati motosikal di bawah Pertubuhan Dua Roda Kluang.

Rakan lamanya, Mohammad Hafizee Manajat, 34, memberitahu Syed Hussein memiliki sebuah motosikal Yamaha RXZ yang digunakan untuk berkonvoi bersama anak muda. Katanya, ramai juga tidak mengetahui bahawa Syed Hussien antara individu yang pernah menyertai himpunan RXZ Member 2.0 dan 3.0 di Terengganu beberapa tahun lalu.

MOHAMMAD HAFIZEE
MOHAMMAD HAFIZEE



“Syed Hussien seorang yang humble dan tidak pernah membezakan antara satu sama lain. Sejak dari sekolah menengah lagi, kami sama-sama meminati motosikal.

“Dia mahu anak muda tidak berpuak-puak dalam dunia permotoran. Mereka perlu bersatu bina satu persatuan iaitu Pertubuhan Dua Roda Dua Kluang.

“Dia ada sebuah RXZ yang digunakan untuk konvoi dengan anak-anak muda. Dia pernah jual RXZ pertamanya namun membelinya semula enam tahun lalu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Rabu.

Syed Hussien mendampingi anak muda Kluang dengan aktiviti permotoran.
Syed Hussien mendampingi anak muda Kluang dengan aktiviti permotoran.



Bercerita mengenai sikap Syed Hussien, ujarnya sebagai anak tempatan, dia sangat mudah bergaul tanpa mengira latar belakang. “Dia sebenarnya pandai ambil hati anak-anak muda walaupun baru pertama kali berjumpa. Ceritanya santai dan tidak pernah meninggi diri.

Artikel Berkaitan:


“Pergaulan bersama anak muda menjadi rutin harian manakala malam, kami akan minum bersama sambil berkongsi dan bertukar cerita serta pandangan,” ujarnya.

Visi jelas

Mohamad Hafizee berkata, Syed Hussien pernah nenganjurkan pelumbaan ‘Drag’ iaitu ujian masa terpantas di Taman Park Land dengan kerjasama agensi kerajaan.

“Program tersebut dapat sambutan luar biasa, ramai anak muda di Kluang sertainya. Tidak hairanlah apabila sebut nama Syed Hussien, ramai akan mengenalinya.

Syed Hussien menerima pendidikan awal di peringkat sekolah rendah di SJKC Chong Eng.
Syed Hussien menerima pendidikan awal di peringkat sekolah rendah di SJKC Chong Eng.



“Syed Hussien pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Pertubuhan Dua Roda, jadi mudahlah bagi mereka mendekatinya.

“Setiap kali Ramadan, kami bersamasama di bawah persatuan akan konvoi sama ada ke Melaka, Muar atau Johor Bahru. Kami kerap mengadakan majlis berbuka dengan anak yatim, orang susah dan memberikan bantuan kepada mereka,” ujarnya.

Selain itu, Syed Hussien juga tidak suka anak-anak muda terbabit dengan aktiviti tidak bermoral seperti lumba haram atau merempit.

“Syed Hussien mempunyai visi yang jelas untuk membangunkan anak muda. Jiwanya amat dekat dengan anak muda dan berkongsi minat dalam dunia permotoran.

“Saya berharap dia dapat menjadi wakil rakyat dan membantu lebih ramai golongan muda di Kluang terutama dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial,” ujarnya.

Beri imej baik kepada sekolah

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Eng, Kluang, memberi kelebihan Syed Hussien fasih berbahasa Mandarin dan dekat dengan masyarakat Cina.

Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Chong Eng, Chin How Luang berkata, dia sangat gembira kerana salah seorang bekas murid sekolahnya bakal menjadi wakil rakyat.

HOW LUANG
HOW LUANG



“Pada hari penamaan calon, saya dapat tahu Syed Hussien ialah bekas murid SJKC Chong Eng. “Sebelum mendapat pendidikan rendah pada tahun 1991, dia juga belajar di tadika di sebelah sekolah. “Saya amat bangga kerana bakal pemimpin dilahirkan dari sekolah kami,” katanya.

How Luang berkata, kelebihan berbahasa Mandarin dimiliki Syed Hussein membuatkan dia mudah berkomunikasi dengan masyarakat Cina dan diterima baik.

“Syed Hussien sangat peramah dan mudah bergaul selain sentiasa tersenyum.

“Jika dia menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kelak, saya harap dia dapat membantu meningkatkan fasiliti sekolah,” katanya.

REAKSI

CHIN SIM LAI
CHIN SIM LAI



“Syed Hussien banyak membantu terutama mangsa banjir tanpa mengira bangsa. Masyarakat Cina lagi suka kerana dia pandai berbahasa Mandarin. - Chin Sim Lai, 69 pesara guru

MUHAMMAD ZULNAQIB LASAROL IZHAR
MUHAMMAD ZULNAQIB LASAROL IZHAR



“Syed Hussien banyak bantu orang muda terutama mereka yang baru mula berniaga yang belum dapatkan lesen atau permit meniaga. - Muhammad Zulnaqib Lasarol Izhar, 25 peniaga burger


M MUTU
M MUTU



“Semua orang sayangkan Syed Hussien, tengok sahaja bila dia pergi pasar dan akan salam kemudian tanya khabar, bertukar-tukar cerita. Itu yang kita mahukan seorang yang peramah dan disenangi semua bangsa. - M Mutu, 54, tukang paip

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!