Hotel halal mesra Muslim

Mardhiyyah Hotel & Suites diasaskan dengan visi, misi menyediakan fasiliti dan makanan halal bagi memenuhi kewajipan umat Islam

MHS merupakan hotel mesra Muslim bertaraf lima bintang dan memperolehi sijil halal serta dianugerahkan MFAR Platinum dari Pusat Pelancongan Islam (ITC).
MHS merupakan hotel mesra Muslim bertaraf lima bintang dan memperolehi sijil halal serta dianugerahkan MFAR Platinum dari Pusat Pelancongan Islam (ITC).
A
A
A

MENCARI yang halal merupakan kewajipan bagi setiap Muslim dalam semua aspek kehidupan tidak kira dari sudut pemakanan, penggunaan barangan kegunaan harian, ubat-ubatan dan sebagainya.

Bagaimanapun adakalanya sebahagian daripada kita terlepas pandang mengenai fasiliti dan kemudahan ditawarkan sesetengah hotel yang mana tidak diketahui status halal dan kebersihannya.

Sebagai umat Islam, sepatutnya kita semua mengutamakan kewajipan tersebut dan menitikberatkan aspek halal serta bersih dalam semua perkara termasuk tempat persinggahan dan menginap.

Melihat kepada peluang bagi memenuhi kekosongan dalam pasaran hotel yang menawarkan kemudahan dan perkhidmatan sesuai dengan keperluan Muslim, Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) tampil ke hadapan dengan misi dan visinya tersendiri.

MOHAMED RAFIK
MOHAMED RAFIK

Pengarah Urusan MHS, Datuk Seri Mohamed Rafik Mohd Idris menjelaskan, visi mereka adalah untuk menjadi hotel terkemuka yang menyediakan perkhidmatan yang mematuhi nilai-nilai Islam dengan standard tertinggi.

“Bagi menjayakan visi tersebut, kami menawarkan pengalaman penginapan yang selesa dan mesra dengan fokus kepada kebersihan, keselamatan dan keperluan pelanggan Muslim.

Artikel Berkaitan:

“Fokus utama kita adalah pada penyediaan makanan halal, kemudahan solat, persekitaran yang sopan dan selesa termasuk semua aspek operasi hotel, dari sudut pemakanan hingga perkhidmatan mematuhi piawaian halal,” jelasnya.

Menurut beliau, usaha MHS itu akhirnya tercapai apabila dianugerahkan pelbagai pengiktirafan termasuk Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR) oleh Pusat Pelancongan Islam (ITC) sejak 2019 dan Hotel Mesra-Muslim dari The BrandLaureate World Halal BestBrands Awards 2024.

MHS pada tahun ini dianugerahkan sijil platinum dan berdasarkan laman web ITC, hanya empat penerima MFAR Platinum iaitu MHS, Perdana Kuala Lumpur City Centre, Perdana Kota Bharu dan Movernpick Hotel and Convention Centre, KLIA.

Cabaran sedia makanan halal, fasiliti mesra Muslim

Mohamed Rafik menjelaskan lagi, tidak mudah untuk pihaknya mendapatkan pengiktirafan dan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi kesemua restoran di MHS namun kesungguhan mereka membuahkan hasil.


KEADAAN surau di Mardhiyyah Hotel & Suites yang luas dan selesa untuk para pelanggan.
KEADAAN surau di Mardhiyyah Hotel & Suites yang luas dan selesa untuk para pelanggan.

Bercerita mengenai cabaran yang dihadapi MHS ujarnya, antara yang utama ialah:

1. Pematuhan ketat terhadap standard halal.

Setiap aspek terutamanya berkaitan dengan makanan, minuman dan bahan mentah diaudit secara mendalam bagi memastikan tiada unsur haram atau syubhah (meragukan), selain memastikan pembekal juga disahkan halal.

2. Pengurusan rantaian pembekalan.

MHS perlu memastikan semua bahan mentah yang digunakan dalam restoran dan dapur hotel termasuk bahan tambahan, rempah dan produk yang diproses diperolehi daripada pembekal yang mempunyai SPHM.

3. Latihan dan pendidikan kakitangan.

Semua kakitangan terutamanya yang terlibat dengan penyediaan makanan harus dilatih dengan teliti mengenai standard halal, prosedur kebersihan dan amalan halal.

4. Kos tambahan untuk memperolehi dan mengekalkan sijil halal.

Ia melibatkan kos tambahan seperti audit, pembelian bahan mentah halal, latihan kakitangan atau peningkatan fasiliti.

5. Pematuhan terus-menerus dan audit berkala.

MHS perlu menjalani audit berkala bagi mengekalkan sijil halal dan ia memerlukan komitmen jangka panjang bagi memastikan pematuhan berterusan.

6. Pengurusan perbezaan proses operasi.

Perlu memastikan setiap proses dan ruang operasi mematuhi standard halal pada setiap masa dan ia merupakan cabaran yang besar. MHS perlu memastikan tiada kekeliruan atau pelanggaran syarat berlaku dalam dapur atau dalam penyediaan makanan.

Komitmen tinggi dapatkan sijil halal

Mohamed Rafik berkata, pengalaman MHS mendapatkan sijil halal pula, pihaknya mengakui untuk mendapatkan sijil halal dianggap sukar tetapi boleh dicapai.

“Ia boleh dicapai dengan perancangan dan komitmen yang tinggi, kerjasama baik dengan pihak berkuasa dan pematuhan garis panduan yang ketat,” jelasnya.

Tambahnya lagi, SPHM dan pengiktirafan yang diperolehi memberi impak yang besar kepada MHS yang dikategorikan sebagai hotel lima bintang itu dari segi imej, keyakinan pelanggan dan prestasi jualan.

“Dengan adanya sijil halal, MHS dapat membina keyakinan dalam kalangan pelanggan Muslim terutama yang menitik-beratkan keperluan mematuhi syariat dalam makanan dan kemudahan hotel.

JOM Salin Ayat Al-Quran merupakan antara program Islamik diadakan di MHS pada tahun ini.
JOM Salin Ayat Al-Quran merupakan antara program Islamik diadakan di MHS pada tahun ini.

“Sijil halal juga membolehkan MHS mempromosikan hotel ke pasaran antarabangsa terutamanya dalam kalangan negara Islam yang mengutamakan aspek halal.

“Selain itu, sijil halal memberikan satu kelebihan kompetitif berbanding hotel lain yang tidak mempunyai status halal dan ini menjadikan MHS destinasi pilihan untuk majlis perkahwinan, seminar Islam dan pelancongan mesra Muslim,” katanya.

MHS yang terletak di pusat bandar raya Shah Alam itu menyediakan pelbagai fasiliti mesra-Muslim antaranya semua restoran memperolehi sijil halal, surau, penanda arah kiblat yang disahkan dan sejadah di setiap bilik, masa yang khusus untuk wanita di kolam renang, spa untuk wanita sahaja, gimnasium dan jakuzi selain program Islamik yang dianjurkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!