Bank Rakyat bayar dividen istimewa 2 peratus mulai 28 September

Bank Rakyat akan terus menambah baik daya tahan operasi agar dapat menyediakan perkhidmatan perbankan yang kondusif dan selamat.
Bank Rakyat akan terus menambah baik daya tahan operasi agar dapat menyediakan perkhidmatan perbankan yang kondusif dan selamat.
A
A
A

BANK Rakyat akan membayar dividen istimewa sebanyak dua peratus sempena ulang tahunnya ke-70 mulai 28 September 2024 dengan jumlah sebanyak RM56.6 juta kepada 784,487 anggota.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, pembayaran dividen istimewa itu mencerminkan komitmen pihaknya untuk terus memberikan pulangan kompetitif kepada anggota.

Menurutnya, ia juga menandakan pencapaian organisasi berkenaan yang terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi masyarakat sebagai salah satu institusi kewangan dan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia.

"Bank Rakyat komited untuk mengekalkan prestasi pertumbuhan yang baik dan kekal relevan saban tahun dipacu oleh pelaksanaan pendekatan baharu berlandaskan pelan perniagaan serta pelan strategik jangka panjang.

"Ini termasuk dalam memanfaatkan potensi yang boleh diteroka dalam perniagaan dan operasi melalui transformasi digital bagi mewujudkan nilai jangka panjang untuk anggota serta pelanggan," katanya pada Jumaat.

April lalu, Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen bagi tahun kewangan 2023 sebanyak 15 peratus dengan jumlah pembayaran sebanyak RM424.62 juta.

Ini termasuk pengumuman dividen istimewa sebanyak dua peratus bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-70.

Selain itu, Kumpulan Bank Rakyat turut merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 sebanyak RM1.76 bilion, berbanding RM1.70 bilion pada tahun sebelumnya, peningkatan sebanyak 3.8 peratus atau RM64.48 juta.

Artikel Berkaitan:

Tambah kenyataan tersebut, dividen berkenaan bukan sahaja tambahan kepada pendapatan tetapi juga membantu mencapai matlamat kewangan peribadi anggota sama ada untuk simpanan, pelaburan atau perbelanjaan harian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!