Cuepacs tuntut penebusan Gantian Cuti Rehat disegerakan

Adnan Mat
Adnan Mat
A
A
A

SHAH ALAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan menyegerakan penebusan awal Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 75 hari kepada kakitangan awam seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2020.

Presidennya, Adnan Mat berkata, berdasarkan pengumuman sebelum ini, penebusan ganjaran itu sepatutnya berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Menurutnya, GCR adalah ganjaran wang tunai yang diberi kepada anggota perkhidmatan awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

"Belanjawan 2020 bagi perkhidmatan awam telah memperuntukkan penebusan awal GCR sebanyak 75 hari untuk ganjaran wang tunai bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun.

"Perkara ini sepatutnya berkuat kuasa pada 1 Januari 2020, namun sehingga kini tiada sebarang pekeliling dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan penebusan awal GCR ini.

"Justeru, Cuepacs berharap agar pihak kerajaan melalui JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) dapat mengambil tindakan segera terhadap perkara yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2020 bagi perkhidmatan awam demi kebajikan anggota berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adnan berkata, ganjaran itu hanya diberikan kepada anggota tetap termasuk pegawai dalam tempoh percubaan dan anggota sementara dalam perkhidmatan awam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!