Nikmati dim sum halal di hotel lima bintang, mesra Muslim

DIM SUM halal yang ditawarkan Restoran Cina Tung Yuen, Mardhiyyah Hotel & Suites sempena promosi All-You-Can-Eat.
DIM SUM halal yang ditawarkan Restoran Cina Tung Yuen, Mardhiyyah Hotel & Suites sempena promosi All-You-Can-Eat.
A
A
A

DIM SUM bermaksud makanan kecil dalam bahasa Kantonis, sesuai dengan rupa dan bentuk hidangannya yang dipersembahkan dalam pinggan kecil atau pengukus buluh.

Masakan yang menggunakan bahan protein seperti daging, ayam, udang dan sayur-sayuran itu biasanya dimakan bersama hidangan teh dan ia sudah tidak asing lagi dalam umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, mereka kadangkala mempersoalkan kandungan bahan-bahan yang digunakan dalam hidangan dim sum sama ada ia halal atau sebaliknya.

Persoalan yang sering bermain di fikiran mereka termasuklah apakah hidangan tersebut menggunakan daging atau ayam yang disembelih mengikut syarak? Apakah ia dimasak bersama perasa halal? Atau apakah dimasukkan arak dalam dim sum bagi memberi rasa yang sedap?

CEF PATRICK NG
CEF PATRICK NG

Bagi menjawab persoalan itu, Sinar Islam Plus menemu bual Cef Restoran Cina Tung Yuen, Mardhiyyah Hotel & Suites, Patrick Ng.

Beliau menjelaskan, dim sum secara umumnya mengikut hidangan asal dari negara China itu memang ada menggunakan babi dan arak sebagai bahan utama serta penyedapnya.

Artikel Berkaitan:

“Bagaimanapun ia melalui proses penambahbaikan apabila ia mula dihidangkan kepada masyarakat Islam.

“Sebagai cef, ia merupakan satu cabaran yang besar buat kami untuk menghalalkan makanan tradisi ini selain mengekalkan rasanya,” ujarnya.

Kajian untuk kekalkan rasa asli

Menurut beliau, pihaknya mengambil masa sehingga setahun sebagai kajian untuk menjadikan dim sum sebagai makanan halal untuk dihidangkan kepada pelanggan.

“Apa yang paling mencabar ialah mengekalkan rasa asli dim sum tersebut selepas mengetepikan bahan arak yang digunakan.

“Selepas elemen arak dikeluarkan, rasanya sudah tidak sama dengan asal. Memang susah untuk mencari rasa yang seakan-akan sama dengan rasa tersebut namun kita berjaya mengekalkan rasa sedap dim sum tersebut selepas setahun kajian dibuat,” jelasnya lagi.

Ujarnya, di Restoran Cina Tung Yuen, dia bersama empat lagi pekerja termasuk pekerja Muslim akan memastikan bahan-bahan yang digunakan untuk memasak dim sum itu mempunyai sijil halal.

SIJIL Pengesahan Halal Malaysia yang diperolehi dari Jakim mengukuhkan lagi imej Restoran Cina Tung Yuen.
SIJIL Pengesahan Halal Malaysia yang diperolehi dari Jakim mengukuhkan lagi imej Restoran Cina Tung Yuen.

“Ini amat penting kerana restoran kita merupakan pemegang sah Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan peraturan tersebut perlu dipatuhi,” katanya.

Makan ketika panas

Sebanyak 31 hidangan disediakan di restoran tersebut termasuk Tradisional Chicken Siew Mai, Prawn Slower Siew Mai, Salted Egg Dumpling, Deep Fried Tiger Prawn Roll dan Steamed Riced with Chicken.

Bagi penggemar dim sum, beliau menasihatkan agar memesan beberapa menu terlebih dahulu agar keaslian rasanya dapat dikekalkan ketika makan.

“Di sini semua menu boleh dipesan pelanggan, namun saya nasihatkan agar pesan beberapa hidangan sahaja pada awalnya agar rasanya kekal ketika ia masih panas.

“Selain dim sum, restoran ini turut menyediakan menu-menu lain yang boleh dipesan secara ala carte dan semestinya ia halal serta sesuai dengan citarasa masyarakat tempatan,” katanya.

CITARASA tempatan turut diraikan dalam hidangan di Restoran Cina Tung Yuen.
CITARASA tempatan turut diraikan dalam hidangan di Restoran Cina Tung Yuen.

RESTORAN CINA TUNG YUEN, MARDHIYYAH HOTEL & SUITES

31 hidangan termasuk dim sum kukus dan goreng. Antaranya:

- Traditional Chicken Siew Mai

- Prawn Flower Siew Mai

- Salted Egg Dumpling

- Deep Fried Tiger Prawn Roll

- Steamed Glutinous Rice with Chicken Crispy

- Prawn Dumpling with Mayonnaise

- Deep Frieed Beancurd Roll with Mayonnaise

- Deep Fried Chicken Wings with Salted Egg Sauce

- Shanghai Seafood Gyoza with Spicy Ginger and Black Vinegar

- Chinese Pancake

- Chilled Iced Longan with Sago Seeds

Lima hidangan yang sering dipesan pelanggan. Antaranya:

- Stir Fried Kam Hiong Squid on Hot Plate

- Stir Fried Assorted Mushroom with Lotus Roots

- Wok Fried Szechuan Chicken Fillet

- Baked Prawn with Creamy Salted Egg Yolk

- Hong Kong Style Fried Rice

PROMOSI: All-You-Can-Eat

MASA: 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang setiap hari

HARGA: RM79.90 (Dewasa), RM55.00 (Kanak-kanak lima hingga 11 tahun/Warga emas 60 tahun ke atas)

ALAMAT: Lot P5.5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!