Menteri Keselamatan Israel ugut letak jawatan

Jika Ben Gvir meninggalkan gabungan tersebut, Netanyahu akan kehilangan majoriti parlimennya dan ini boleh menyebabkan kerajaannya tumbang. - Foto Facebook/Itamar Ben Gvir
Jika Ben Gvir meninggalkan gabungan tersebut, Netanyahu akan kehilangan majoriti parlimennya dan ini boleh menyebabkan kerajaannya tumbang. - Foto Facebook/Itamar Ben Gvir
A
A
A

TEL AVIV - Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir mengugut akan meletak jawatan jika perjanjian gencatan senjata kekal dicapai dengan Hizbullah.

Menurut media antarabangsa, beliau yang juga rakan kongsi sayap kanan dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut mengancam keluar daripada gabungan itu.

Ancaman lain yang turut dizahirkan termasuk mahu menggantung kerjasama dengan gabungan jika perjanjian sementara dicapai.

Tindakan itu merupakan bentuk protes keras daripada ahli dalam kerajaan Netanyahu terhadap usaha gencatan senjata oleh komuniti antarabangsa.

Jika Ben Gvir meninggalkan gabungan tersebut, Netanyahu akan kehilangan majoriti Parlimennya dan ini boleh menyebabkan kerajaannya tumbang.

Bagaimanapun, pemimpin pembangkang Israel telah menyatakan kesediaan mereka untuk memberikan sokongan terhadap perjanjian gencatan senjata.

Ben Gvir sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu apabila beliau menolak perjanjian gencatan senjata di Gaza yang digariskan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Beliau bersama-sama Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich turut mengugut akan meninggalkan kerajaan Netanyahu sekiranya perjanjian itu direalisasikan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, cadangan itu dilihat sebagai kemenangan untuk keganasan selain mendatangkan risiko keselamatan kepada Israel. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!