Ten Hag mula pertikai mentaliti Manchester United

Skuad kendalian Ten Hag bergelut selepas menjaringkan gol pertama dalam setiap aksi di pentas Eropah. Foto fail Reuters
Skuad kendalian Ten Hag bergelut selepas menjaringkan gol pertama dalam setiap aksi di pentas Eropah. Foto fail Reuters
A
A
A

ERIK ten Hag mempersoalkan mentaliti Manchester United selepas memulakan kempen Liga Europa dengan keputusan seri 1-1 berdepan FC Twente.

Jaringan pembukaan Christian Eriksen dinafikan Sam Lammers dalam separuh masa kedua, dengan pemain tengah United kelahiran Denmark itu mudah melepaskan kawalan bola sebelum gol penyamaan pelawat terhasil.

Ini bermakna The Red Devils kini gagal meraih kemenangan dalam aksi pembukaan pentas Eropah sejak empat musim yang lalu, tewas pada 2021-22, 2022-23 dan 2023-24 dan kini seri dalam aksi yang berlangsung awal pagi Khamis.

Skuad kendalian Ten Hag bergelut selepas menjaringkan gol pertama dalam setiap aksi di pentas Eropah, menang sekali daripada enam perlawanan dalam saingan Liga Juara-Juara dan Liga Europa apabila membuka jaringan.

Ia merupakan perlawanan yang didominasi tuan rumah di Old Trafford, dengan United merekodkan 19 percubaan berbanding tujuh yang dilakukan lawan, namun kelemahan daripada sudut sentuhan penyudah menggagalkan mereka.

Twente menggunakan peluang sebaik mungkin dalam perlawanan dan Ten Hag menerima kesungguhan pelawat untuk tidak tercicir mata dalam perlawanan ini.

“Ia ibarat perlawanan hidup mati mereka, Twente berjuang habis-habisan dan kami tidak melakukan perkara yang sama,” kata Ten Hag yang dipetik menerusi The Athletic.

“(Sebanyak) 92 peratus tidak cukup, anda perlu bermain 100 peratus, anda perlu mematikan perlawanan supaya lawan tidak bangkit.

Artikel Berkaitan:

"Kami sudah mendahului 1-0, namun jaringan kedua perlu dihasilkan dan cuba memastikan kemenangan.

“United perlu lebih klinikal, kami perlu lebih konsisten. Ia juga melibatkan mentaliti pasukan ini.

“Kami berada di tahap terbaik (mentaliti). Saya melihat betapa tinggi kadar kerja pasukan kami, tetapi berdasarkan perlawanan ini, terdapat kritikan buat pasukan.

“Tetapi ia bukan hanya melibatkan pasukan. Saya juga perlu cermin diri saya kerana saya turut terlibat.” - Stadium Astro

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!